Sunday, April 24, 2011

Reborn~

Hui agak lama blog ini di private kan! Bukan lari or sudah tidak mahu bercerita. 
Saya cuma rasa tiada apa yg patot sy tulis di blog ini! Hidup berjalan seperti biasa. 
Pergi kerja-balik kerja-Tidor.
Begitulah hari2 saya. Jadi seorang Nur Wahida tidak lah begitu menarik. 
Yang menarik itu hidup anda-anda semua! :)

Kalau anda semua pernah membaca blog saya sebelum ni. Tentu anda perasan.
Habis semua entry sy delete. Entry yg saya tulis seawal 2008 telah selamat sy delete. 
Sama ada yg d draf or yg di publishkan. Hahaha.
Sekarang blog ini seperti blog yg baru d create hari ini!
Kira ni seperti entry Pertama lah!:)
Mengambil keputusan nk delete entry-entry itu bukan senang sebab semua itu adalah suka duka saya.
Suka duka yg saya tulis sepanjang 3 4 tahun ini. Blog ini byk mengetahui cerita duka dan suka saya
Blog ini mengetahui betapa looser nya seorang Nur Wahida Safaruddin.

Saya menulis seiring dengan perasaan saya! :) Sebab apabila sy menulis sy tidak pandai untuk berlakon. Saya masih boleh pretend dgn mereka yg bersembang dengan saya.Saya boleh pretend dengan mereka yg komen/ chat/msg dengan saya :)

Ok mari mula kenal balik. Nama Saya Nur Wahida Safaruddin. Saya 23 tahun 2011. Saya anak sulung dari 4 beradik. Saya byk cakap dalam dunia maya. saya banyak gelak dalam dunia Maya. Ramai orang cakap saya ni pelik. Saya pun tatau kenapa sy di kata pelik. Saya suka buat muka hodoh sbb saya memang suka. Haha. Saya akan bising bila saya lapar. Saya akan tidur bila saya sedey+tension+tiada Mood.Saya melepas perasaan dengan menulis. Yeea. Saya ada sebuah diary yg saya sorokkan. Perkara mula2 yg saya akan wat bila bangun tdo adalah raba2 semua gigi saya.Adakah mereka ckup. sebab sy tdo mengesel gigi. Serius. Saya melakukan dalam keadaan tidak Sedar! Hahaha. Saya pernah bangun tido dan saya dapati ada sebatang gigi diatas lidah saya!

Saya akan bermimpi bila saya tidur terlampau lena! Saya pernah mimpi ditikam di kepala. Saya pernah Mimpi jadi lelaki. Saya pernah mimpi bela beratus2 ekor kucing dan saya pernah mimpi jadi Son Goku! HAHAHA.
Dulu saya fikir ada jerawat tu Cool . Masa saya darjah Empat saya pernah mempunyai cita-cita untuk mempunyai seorang bf bercermin mata kerana pada masa itu saya tengok semua lelaki yg bercermin mata itu adalah doktor. HAHAA. saya tak suka Sos. Saya tak suka sayur tp sekarang saya dah cuba mkn sayur.Dulu walaupun tak suka sayur saya selalu suruh org letak sayur sbb saya rasa sayur tu cantik.berwarna warni. HahAHA. Saya tengok dari hari ke hari Tahi lalat saya bertambah.Dulu saya hanya ada satu tahi lalat di muka.Tapi sekarang dah ada tiga. Hahaha. 

Dulu saya rasa minum tea o ais tu buley buat orang tenang.Dan saya sempat mengajarkan fakta karut itu dikalangan kawan2. Sekarang tiap kali sy minum tea o ais saya akan rasa pening kepala :( Ohhh.
Saya allegic Kopi sbb tiap kali saya minum Kopi saya akan rasa nk muntah! Huh. saya sangat suka Bau Kopi Kot! :((

Dan apa yg pasti saya masih belajar mengenal diri. Saya masih belajar menjadi matang dan saya sedang sedang belajar  tentang Dunia.Saya matang melalui pengalaman. Saya membesar dengan pengalaman. Dan jutaan terima kasih saya pada seseorang. Sungguh.saya sangat-sangat terhutang budi dengan dia kerana dia saya matang. Kerana dia sy berdikari. Kerana dia saya menjadi Lebey Kuat. Kalau lah dia tak buat apa yg dia buat. saya mungkin masih Nur Wahida yg bergantung harap pada orang lain. Di kuasi Yg negetif kepada Positif dan Mungkin masih seorang Nur Wahida yg lemah dan tiap kali tolak akan terjatuh dan mungkin aku tidak akan sekuat hari ini. Sungguh. Aku sangatsangat terhutang budi dengan Dia :) 

Ok lah. Setakat ini sahaja dlu entri pertama. Hehehe. :) Salam perkenalan Kembali.

Dan Inilah AKu 

1 comment:

sepatah dua tiga empat patah :