Thursday, April 28, 2011

Impian setiap WANITA~

Semua orang ada impian.Ada cita-cita. Ada harapan.
Dan setiap impian, Cita-cita dan harapan itu berbeza.
Tapi aku pasti. Impian setiap wanita adalah membahagiakan Orang yg disayangi dan Dicintainya.
Yup. Ini bukan mitos palsu or cerita rekaan sahaja. Tapi ini adalah satu kebenaran.

Setiap wanita dalam dunia ini, kalau ada di bulan or planet-planet mana sekalipun.Kalau masih seorang wanita impiannya adalah membahagiakan Orang yg disayangi/dicintainya.
Wanita dilahirkan dengan sifat kasih dan sayang yg mendalam didalam diri. Walau sekeras mana pun wanita itu, kalau namanya perempuan. Sifat kasih dan sayang itu tetap ada.
Ada yg cakap, kasih sayang dan Cinta itu adalah kelemahan perempuan, dan ada juga yg ckp, itu adalah satu kekuatan. Bagi aku kasih sayang dan Cinta dalam hati setiap perempuan adalah kekuatan dan kelemahan.

Kekuatan kerana dgn kasih dan sayang itu, perempuan mampu menjadi tulang belakang kepada orang yg d sayangi. Mampu menjadi penyembuh duka kepada suka. Kerana setiap perempuan yg ada rasa cinta dan sayang di dalam hati akan mampu melakukan apa saja demi sebuah cinta.Kami tidak punya senjata yg canggih, kami tak punya kuasa untuk menongkat dunia. Apa yg kami ada adalah sekeping hati.Kerana dengan sekeping hati itu kami akan cuba mengembalikan segala duka kepada suka. Segala lara kepada bahagia dan kami juga sanggup andai beban itu di alihakn kepada kami semata-mata untuk melihat kembali sebuah senyuman di hati mereka yg kami sayangi.

Kami kadang-kadang akan menjadi motivator untuk mereka yg kami sayang. Menasihat segala yg kami rasa terbaik. Kadang-kadang kami akan bising seperti seorang doktor bila melihat tahap kesihatan org yg kami sayang tiba-tiba merundum. Kadang-kadang kami akan menjadi Tukang masak memasak segala benda hanya untuk mengenyangkan mereka yg kami sayang. Kadang-kadang kami akan kelihatan lebey tegoh dari tembok besar cina semata-mata untuk menyokong tegak diri mereka. walau pada dasarkan akar kami xsekuatd itu :)

Kelehaman nya adalah perempuan itu akan rela untuk menyakitkan dirinya sendiri.semata-mata untuk sebuah kegembiraan itu. Walau hati rasa mcm di hiris belati. di koyak rabak. di penyek dengan lori bertan-tan sekalipun. Semua itu hanya untuk sebuah cinta di dalam hati :)

kami xmintax rumah sebesar istana. kami xmintax kamu menjadi Sesempurna Rasulullah. Kami hanya ingin grow old together.berkongsi rasa kasih hingga ke syurga. membimbing kami saat tersasar dan menerima buruk baik kami in whatever situation :)



No comments:

Post a Comment

sepatah dua tiga empat patah :