Wednesday, April 27, 2011

23 Tahun dalam hidup Seorang Nur Wahida~

1988-1993.
Sepanjang tempoh 5 tahun terawal jadi Seorang Nur Wahida. Aku tak ingat sangat apa yg terjadi. Tapi kata mak.Aku anak yg senang Di jaga dan agak lembik. Sebab aku Boleh Berjalan pada usia setahun Lebey. Mungkin kerana aku anak sulung maka, aku sering didukung oleh ibu, ayah dan Nenek aku! :)

1994
6tahun. Aku dihantar ke tadika. Tadika Raja Dewa. Baju sekolah kaler Blue Black ad corak2 cam ape tah. Hee. Masa tu seronok macam mana aku lupa sebab masih sangat kecil.

1995
Dihantar ke skolah rendah. Darjah 1. Comot dan Comot. Masa darjah 1, ada nurse datang nk cucuk. Aku nanges kaw2. Haha.Misi Gigi datang nk check Gigi. Sekali lagi aku Menangis. Sumpah aku takot dentist.sangat-sangat takot dentist. Sampai sekarang mmg aku tak suka dentist. aku rasa ngeri bila tgk nurse ad list kuning. sbb aku tau tu misi gigi .

1996
Darjah 2.Rasanya masa ni dah lancar Membaca. Tapi masa ni masih budak2 sangat. balik sekolah tak bukak baju. pergi main.berlari2. Beg sekolah pun tinggal kat atas tangga je. Masa ni kalau arwah nenek x g panggil ajak balik rasanya mmg aku xbalik. biasanya arwah nenek pergi panggil dengan pegang rotan. aku lari laju sebab takot kene rotan tp nenek xkn rotan :)Masa ni jugak la igt lagi, aku leka bermain sampai petang. sampai mak balik kerja. balik2 tengok pintu rumah mak kunci tak bg aku naik. haha.

1997
Mood rajin ulangkaji pelajaran tiba-tiba datang pada tahun ni.mungkin sebab result  darjah dua yg sangat teruk wat aku rajin bukak buku. haha. tp xlama. kejap je. sbb aku kembali leka bermain. bermain dan terus bermain. dan pada tahun ini jugak ada family krisi yg memaksa aku dan family pindah masuk dalam perumahan klinik.duduk jauh dari bndar dekat dengan sawah padi. balik sekolah je pegi main dlm longkang tangkap ikan. pergi masuk sawah padi cari katak.

1998
Tahun tu aku agak gila race basikal. duduk dlm perumahan klinik best sbb jalan tar berliku2. sebab mak dah xbg main kat bendang. so xtvt petang ganti dengan naik beskal laju2. sampai pernah aku jatuh dan terkoyak lutut.

1999
Well seperti biasa lah. main main main :)

2000
UPSR tahun ni.Rumah mak bina pun dah siap dan ktorg pon balik kat kampung halaman mak. Sedey jugak nk berpisah dengan kawan2 kat dlm perumahan ni tp masa tu budak lagi. sedey pon xberapa nk phm sgt :) Tapi tahun ni aku genius math. haha. sbb mak hantar aku tusyen kat umah pakcik aku! so hari2 dia train aku dgn number.sampai aku jemu dan bosan.kadang-kadang aku mgelat. tiru jawapa kat belakang buku.bila pakcik tanya mcm mana aku jawab. aku ckp malaikat tolong aku jawab.so skrg bila pakcik aku bukak cerita tentang ni mst aku gelak.

2001
Masuk alam baru. tingkatan 1. masa ni dh rasa besar sbb pakai kain warna biru muda. haha sekolah petang.g naik basikal.

2002
Result gyla teruk sbb aku sangat mls ulangkaji. balik rumah tengok tv dan tv.

2003
Ayah aku anta aku sekolah di luar bandar.dengan harapan aku akan rajin membaca sebab dok hostel.tp xpun.mula2 masuk hostel,tak dpt terima makanan hostel.loya. tp lama2 boleh. pernah kene rotan dengan warden sbb tdo xg asmbely. tyme kelas mlm, xg kelas mlm tp lepak belakang surau.nakalnya aku. dan sebab tu pmr teruk! haha

2004
Masuk sekolah teknik. Satu lagi pengalam dok hostel. antara fasa yg seronok dlm hidup aku :) masa ni junior lagi.peraturan ketat. jaga tata tertib segai junior. tp kat sni aku jadi agk baik dan pdiam :) kawan2 yg aku jumpa pun agak baik :) kawan satu dorm pon agak masuk kepala :) penuh dengan gelak ketawa masa remaja yg terindah.tanpa kedukaan dan kesakitan :)Igt lagi. beratur pnjg2 tyme nk amik makanan. tyme mkn kat dewan mkn . Sumpah best gyla :) mula2 masuk kelas tu semua perempuan tp after 3bln ada kaum adam. mcm2 perangai. ada yg suka tdo. ad yg suka x g sekolah. ad yg gyla. ada yg pdiam. ad yg suka mengenakan org. ada yg suka gelak. mcm2 :)

2005
SPM tahun ni.tp at the same tyme sedey nk tinggal zaman sekolah yg berwarna warni.zaman sekolah yg sangat indah. persahabatan yg abadi :) sampai sekarang persahabatan tu masih ada.masih terjalin :) Rindu nk tengok tahun tu. Hahaha. Rindu nk berjumpa mereka yg mwarnai hari2 ku. Sungguh rasa rindu yg bukan sedikit untuk mereka :)

2006
PLKN. juga antara yg paling seronok dlm hidup :) cuba berkawan dengan mereka dari agamadan bangsa lain.3 bulan yg sangat seronok. mula2 takot+gementar sbb aku takot xdapat pnjat tembok yg tinggi. tp xmungkin aku lupa. 6.30 pagi di kaki bukit. berlari2.Kelas kenegeraan yg bosan. kelas peningkatan kendiri. hee. Best :) wpun kat sana ad things yg wat aku sedey tp sejujurnya aku sgt gembira d sana :) Balik plkn kerja. Hahaha 1st tyme kerja dlm hidup.penat dan penat. :) Bulan 7, masuk kolej. blaja multimedia :)

2007
Tatau nk describe sebagai tahun yg macam mana sebab bagi aku. 2007. 2007.2007. :) Lot of story.fun.memory and  kot. Hahaha.

2008.
Worst year ever. huhuhu. how can i describe it.Tahun yg sgt2 worst bg aku. tahun yg sangat teruk. tahun yg sangat memerlukan kekuatan mental fizikal aku sbg seorang nur wahida. 1st tyme dlm sejarah. aku jatuh btol2 jatuh.sepanjang tahun tu, kalau la aku senyum.semuanya fake smile.senyum tipu. Tahun tu aku btol2 lost. Mencari kekuatan diri. Ramai yg mendorong untuk kembali bgn. tengok aku kembali senyum seperti tahun-tahun lain.Susah yg sangat susah. sebab bukan seronok sangat untuk ketawa dlm hati menangis. tdo tp rasa seperti tak tdo. makan tp 2 3 sudu sehari :)

2009.
Cuba bangun balik.melontar byg hitam sejauh mungkin. tak susah dan tak sangat senang tp alhamdulillah aku punya sokongan lebey kuat dari tembok besar cina. sakit tu masih ada sakit tu masih terasa.tp bnci tak pernah wujud.tak pernah singgah:) Tahun tu jugak abih study. sedeynya berpisah dengan mereka. mereka yg menjadi tulang belakang aku spnjg 3 tahun ni. mereka yg pernah melihat betapa lemahnya seorang nur wahida :)Mereka yg pernah menjadi kekuatan aku saat aku jatuh. mereka yg pernah aku peluk saat senuanya tidak berwarna :) Aku rindu korang sangat2.

2010
Mula bekerja. Mula terasa kepayahan mencari duit. tapi lucky me. sepnjg tahun itu sentiasa ada yg menemai berkongsi suka dan duka. ad teman untuk ketawa ada teman untuk bergaduh.Ada teman untuk melepaskan segalanya :) Terima kasih :)

2011
Aku masih belajar mebesar.mengenal diri. tp tahun ni. apa yg aku ada hnya kawan dan keluarga. Masa semakin mendewasakn aku.Tahun dimana aku mula belajar menerima kepahitan sebuah hakikat.Tahun di mana aku mula belajar membesar dengan masa dan tahun di mana aku belajar untuk kuat dari sebuah kesakitan yg di panggil pengalaman. Dan Alhamdulillah.setelah rasa pedih sakit luka gembira itu. aku menjadi nur wahida yg sekarang. Bukan senang nk menguatkan hati. Bukan senang  dan tidak sangat susah. tp apa yg aku tau. dan lalui. bg aku.pengalaman adalah guru yg terbaik.mungkin kalau aku xpnh merasa skkit tahun2 sudah. mungkin aku tidak akan sekuat hari ini. segalanya mnjadikan aku kuat.matang dan sabar.

Aku masih belajar mengenal diri. membaiki diri dan mencari diri.rasanya 23 tahun masih belum ckup untuk itu semua :)

1 comment:

sepatah dua tiga empat patah :