Saturday, April 30, 2011

Cara Hadapi saat putus Cinta~

Errr. Buat Tips la pulak Nur Wahida ni kn!Macam2 lah! Dah perasan nk jadi Doctor Love la tuu! Hahaha Boleh pakai ke tips aku ni? Hahaha Aku pun tak sure boley pakai ke x. But try la! :)

Mesti tyme breakUp tu kamu akan rasa Arghh damn! Putus la plak! Apesal Apesal. Aku sayang dia kot. Kenapa kenapa kenapa.? Hee Tu Contoh je lah! Tapi sure sangat2 tyme putus cinta itu antara tyme yg sangat menyedihkan.Ada orang sampai xlalu mkn. xleh nk tdo and habiskan masa dengan menangis dan menangis saje.Tambah2 bila sayang tahap yg xleh nk cakap mcm mana! mst tyme break tu harap nk korek je hati bg dia tgk how much kita sayang dia kn!Heee. Aku xkata sape2. aku tgk drama tv ni tau. tgk DRAMA DALAM TV OKEY!

Okey bila berhadapan situation yg mcm ni.1st of All kita motivate diri kita. Yup. Bagi aku la. Motivator terbaik kita adalah diri kita sendiri. Tak guna kalau sejuta org datang motivate kita tp kita xpernah nk motivate diri sendiri.sebab hanya tau diri kita mcm mana, So 1st of All, motivate la diri kita. Muhasabah lah diri anda :)

Kedua : Redhakan lah semua nya. Let him/ her Go, kalau itu yg boleh membuat dia bahagia. fikir lah For what nk ikat dia terus dgn kita andai dia xbahagia. Dia akan datang balik andai dia adalah jodoh kita sbb org yg d takdirkan bersama sentiasa mencari jalan untuk bersama at the End walau xkira sejauh mana dia pergi dan walau sejuta org yg dia jumpa. Tapi kalau sudah tertulis dia bukan untuk anda, bercinta 10, 20 tahun pun tetap tidak akan bersama :) Percayalah jodoh itu rahsia Allah :)

Ketiga : Yakinlah dengan Kuasa Allah yg satu. Yup. Sentiasa yakin Dengan DIA yg maha mengetahui di langit mahupun di bumi. Letakkan segalanya pada DIA, high water OR hell kita sentiasa ada Allah. Bila kita betol2 letakkan semua itu disitu, Badan yg lemah boleh menjadi kuat. Semangat yg patah boleh menjadi seteguh akar yg kuat. Sentiasalah bermohon kepadanya untuk sebuah kekuatan dan kesabaran. Bermohon bukan lah duduk tgk tv dan mintax, Ya Allah, Berilah aku kekuatan. Penghubung kita dgn Yang Esa adalah Solat. Solat dan bermohon lah!

KeEmpat : Janganlah berharap, Kerana sebuah Harapan itu menyakitkan. Yup. sebuah harapan itu akan sentiasa membuat kita terikat dengan masa silam.Bila kita sentiasa berharap, kita akan selalu mengigati. Dan for sure. yang INDAH sahaja. kerana org tidak akan pernah berharap pada yg TIDAK INDAH! perlu ke aku Ingatkan HAPPY ENDING hanya wujud dalam drama2 tv dan fairytale sahaja! Yup SAHAJA! Sebab dalam drama2 tv penonton tentu akan kecewa bila hero at the end tidak bersama heroin.dan bila ini berlaku, penonton akan mrah dan tidak mau menonton dan penerbit tentu akan rugi! Tapi ini Real Life. Apa yg terjadi tetap akan terjadi! 

Kelima : Bila dah bercinta tentu ada barang kenangan kan. Baju Couple lah,Gamba bersama lah.lagu bersama lah. Jangan buang sebab setiap benda itu adalah mempunyai sentimental value tersendiri. tapi buat sementara, letakkan semua itu dalam satu tempat yg tidak ternampak oleh mata dan abaikan lah dari mendengar lagu2 bersama or lagu2 sedey. kerana setiap itu akan membuatkan hati yg sedih akan bertambah pedih :)

Keenam : Buat lah sesuatu yg boleh buat anda lupa dia. xkira la pergi ice skating ke, daki gunung ke, bc buku ke, main game ke, berkayak ke, as long benda tu boleh buat anda leka dan seronok tp jangan lah buat aktiviti yg kerap dilakukan bersama dia kerana akan membuat anda makin mengigati dia :)

Ketujuh : Jangan lah pernah membenci, kerana bagi aku, kenapa harus kita bnci org yg pernah membahagian kita. walau apa yg terjadi.dia tetap org yg pernah cuba untuk mengukirkan senyuman pada wajah kita. Yang terjadi biar terjadi.walau sepahit mana, walau sesukar mana pun. jangan lah pernah membenci.terima lah Let Bygone be bygone. Aku tau memang susah sangat-sangat. Nak terima let bygone be bygone tu mungkin rasa dia mcm sedang mkn dgg mentah.Susah susah susah. Tapi percaya lah dengan terima semua itu lah. kita akan menjadi makin TABAH,MATANG DAN KUAT. Percayalah ada hikmah yg menanti! Allah xkn jadikan sesuatu tanpa sebab! aku tau nk terima tu pun bukan senang, tapi nk xnk memang kene terima. kenapa nk meratapi benda yg dah lepas. Aku tau sayang bukan boleh hilang dalam sebulan dua bulan. bukan jugak setahun dua tahun. benda yg di namakan perasaan adalah benda yg otak sendiri xleh nk handle. Perasaan boleh diabaikan, dan diabaikan, tp nk memadamkan sebuah perasaan tu, hanya mampu terhapus entah bila aku tatau! HAHAHA.

Orang kata masa adalah penyembuh terbaik. Masa boleh menghilangkan sakit dan luka hati tapi masa bukan jaminan memadam sebuah Cinta... 

Mencintai seseorang adalah pengorbanan. Pengorbanan untuk melihat dia bahagia walaupun BUKAN  dengan kita. Saat melihat dia bersama org lain, senyum lah dan ucaplah selamat Berbahagia. walau siapa dia pilih, mungkin ada reason mengapa dia pilih org itu dan bukan kita dan mungkin org itu adalah kebahagiannya. senyumlah untuk kebahagiannya walau mungkin terasa semua senyuman itu adalah palsu. Aku tau bukan mudah dan aku tau sangat payah, nak tengok org yg kita sayang mnyayangi orang lain!cuma HADAPI LAH DENGAN SENYUMAN! WALAU SEKADAR SATU FAKE SMILE



Thursday, April 28, 2011

Impian setiap WANITA~

Semua orang ada impian.Ada cita-cita. Ada harapan.
Dan setiap impian, Cita-cita dan harapan itu berbeza.
Tapi aku pasti. Impian setiap wanita adalah membahagiakan Orang yg disayangi dan Dicintainya.
Yup. Ini bukan mitos palsu or cerita rekaan sahaja. Tapi ini adalah satu kebenaran.

Setiap wanita dalam dunia ini, kalau ada di bulan or planet-planet mana sekalipun.Kalau masih seorang wanita impiannya adalah membahagiakan Orang yg disayangi/dicintainya.
Wanita dilahirkan dengan sifat kasih dan sayang yg mendalam didalam diri. Walau sekeras mana pun wanita itu, kalau namanya perempuan. Sifat kasih dan sayang itu tetap ada.
Ada yg cakap, kasih sayang dan Cinta itu adalah kelemahan perempuan, dan ada juga yg ckp, itu adalah satu kekuatan. Bagi aku kasih sayang dan Cinta dalam hati setiap perempuan adalah kekuatan dan kelemahan.

Kekuatan kerana dgn kasih dan sayang itu, perempuan mampu menjadi tulang belakang kepada orang yg d sayangi. Mampu menjadi penyembuh duka kepada suka. Kerana setiap perempuan yg ada rasa cinta dan sayang di dalam hati akan mampu melakukan apa saja demi sebuah cinta.Kami tidak punya senjata yg canggih, kami tak punya kuasa untuk menongkat dunia. Apa yg kami ada adalah sekeping hati.Kerana dengan sekeping hati itu kami akan cuba mengembalikan segala duka kepada suka. Segala lara kepada bahagia dan kami juga sanggup andai beban itu di alihakn kepada kami semata-mata untuk melihat kembali sebuah senyuman di hati mereka yg kami sayangi.

Kami kadang-kadang akan menjadi motivator untuk mereka yg kami sayang. Menasihat segala yg kami rasa terbaik. Kadang-kadang kami akan bising seperti seorang doktor bila melihat tahap kesihatan org yg kami sayang tiba-tiba merundum. Kadang-kadang kami akan menjadi Tukang masak memasak segala benda hanya untuk mengenyangkan mereka yg kami sayang. Kadang-kadang kami akan kelihatan lebey tegoh dari tembok besar cina semata-mata untuk menyokong tegak diri mereka. walau pada dasarkan akar kami xsekuatd itu :)

Kelehaman nya adalah perempuan itu akan rela untuk menyakitkan dirinya sendiri.semata-mata untuk sebuah kegembiraan itu. Walau hati rasa mcm di hiris belati. di koyak rabak. di penyek dengan lori bertan-tan sekalipun. Semua itu hanya untuk sebuah cinta di dalam hati :)

kami xmintax rumah sebesar istana. kami xmintax kamu menjadi Sesempurna Rasulullah. Kami hanya ingin grow old together.berkongsi rasa kasih hingga ke syurga. membimbing kami saat tersasar dan menerima buruk baik kami in whatever situation :)



Wednesday, April 27, 2011

23 Tahun dalam hidup Seorang Nur Wahida~

1988-1993.
Sepanjang tempoh 5 tahun terawal jadi Seorang Nur Wahida. Aku tak ingat sangat apa yg terjadi. Tapi kata mak.Aku anak yg senang Di jaga dan agak lembik. Sebab aku Boleh Berjalan pada usia setahun Lebey. Mungkin kerana aku anak sulung maka, aku sering didukung oleh ibu, ayah dan Nenek aku! :)

1994
6tahun. Aku dihantar ke tadika. Tadika Raja Dewa. Baju sekolah kaler Blue Black ad corak2 cam ape tah. Hee. Masa tu seronok macam mana aku lupa sebab masih sangat kecil.

1995
Dihantar ke skolah rendah. Darjah 1. Comot dan Comot. Masa darjah 1, ada nurse datang nk cucuk. Aku nanges kaw2. Haha.Misi Gigi datang nk check Gigi. Sekali lagi aku Menangis. Sumpah aku takot dentist.sangat-sangat takot dentist. Sampai sekarang mmg aku tak suka dentist. aku rasa ngeri bila tgk nurse ad list kuning. sbb aku tau tu misi gigi .

1996
Darjah 2.Rasanya masa ni dah lancar Membaca. Tapi masa ni masih budak2 sangat. balik sekolah tak bukak baju. pergi main.berlari2. Beg sekolah pun tinggal kat atas tangga je. Masa ni kalau arwah nenek x g panggil ajak balik rasanya mmg aku xbalik. biasanya arwah nenek pergi panggil dengan pegang rotan. aku lari laju sebab takot kene rotan tp nenek xkn rotan :)Masa ni jugak la igt lagi, aku leka bermain sampai petang. sampai mak balik kerja. balik2 tengok pintu rumah mak kunci tak bg aku naik. haha.

1997
Mood rajin ulangkaji pelajaran tiba-tiba datang pada tahun ni.mungkin sebab result  darjah dua yg sangat teruk wat aku rajin bukak buku. haha. tp xlama. kejap je. sbb aku kembali leka bermain. bermain dan terus bermain. dan pada tahun ini jugak ada family krisi yg memaksa aku dan family pindah masuk dalam perumahan klinik.duduk jauh dari bndar dekat dengan sawah padi. balik sekolah je pegi main dlm longkang tangkap ikan. pergi masuk sawah padi cari katak.

1998
Tahun tu aku agak gila race basikal. duduk dlm perumahan klinik best sbb jalan tar berliku2. sebab mak dah xbg main kat bendang. so xtvt petang ganti dengan naik beskal laju2. sampai pernah aku jatuh dan terkoyak lutut.

1999
Well seperti biasa lah. main main main :)

2000
UPSR tahun ni.Rumah mak bina pun dah siap dan ktorg pon balik kat kampung halaman mak. Sedey jugak nk berpisah dengan kawan2 kat dlm perumahan ni tp masa tu budak lagi. sedey pon xberapa nk phm sgt :) Tapi tahun ni aku genius math. haha. sbb mak hantar aku tusyen kat umah pakcik aku! so hari2 dia train aku dgn number.sampai aku jemu dan bosan.kadang-kadang aku mgelat. tiru jawapa kat belakang buku.bila pakcik tanya mcm mana aku jawab. aku ckp malaikat tolong aku jawab.so skrg bila pakcik aku bukak cerita tentang ni mst aku gelak.

2001
Masuk alam baru. tingkatan 1. masa ni dh rasa besar sbb pakai kain warna biru muda. haha sekolah petang.g naik basikal.

2002
Result gyla teruk sbb aku sangat mls ulangkaji. balik rumah tengok tv dan tv.

2003
Ayah aku anta aku sekolah di luar bandar.dengan harapan aku akan rajin membaca sebab dok hostel.tp xpun.mula2 masuk hostel,tak dpt terima makanan hostel.loya. tp lama2 boleh. pernah kene rotan dengan warden sbb tdo xg asmbely. tyme kelas mlm, xg kelas mlm tp lepak belakang surau.nakalnya aku. dan sebab tu pmr teruk! haha

2004
Masuk sekolah teknik. Satu lagi pengalam dok hostel. antara fasa yg seronok dlm hidup aku :) masa ni junior lagi.peraturan ketat. jaga tata tertib segai junior. tp kat sni aku jadi agk baik dan pdiam :) kawan2 yg aku jumpa pun agak baik :) kawan satu dorm pon agak masuk kepala :) penuh dengan gelak ketawa masa remaja yg terindah.tanpa kedukaan dan kesakitan :)Igt lagi. beratur pnjg2 tyme nk amik makanan. tyme mkn kat dewan mkn . Sumpah best gyla :) mula2 masuk kelas tu semua perempuan tp after 3bln ada kaum adam. mcm2 perangai. ada yg suka tdo. ad yg suka x g sekolah. ad yg gyla. ada yg pdiam. ad yg suka mengenakan org. ada yg suka gelak. mcm2 :)

2005
SPM tahun ni.tp at the same tyme sedey nk tinggal zaman sekolah yg berwarna warni.zaman sekolah yg sangat indah. persahabatan yg abadi :) sampai sekarang persahabatan tu masih ada.masih terjalin :) Rindu nk tengok tahun tu. Hahaha. Rindu nk berjumpa mereka yg mwarnai hari2 ku. Sungguh rasa rindu yg bukan sedikit untuk mereka :)

2006
PLKN. juga antara yg paling seronok dlm hidup :) cuba berkawan dengan mereka dari agamadan bangsa lain.3 bulan yg sangat seronok. mula2 takot+gementar sbb aku takot xdapat pnjat tembok yg tinggi. tp xmungkin aku lupa. 6.30 pagi di kaki bukit. berlari2.Kelas kenegeraan yg bosan. kelas peningkatan kendiri. hee. Best :) wpun kat sana ad things yg wat aku sedey tp sejujurnya aku sgt gembira d sana :) Balik plkn kerja. Hahaha 1st tyme kerja dlm hidup.penat dan penat. :) Bulan 7, masuk kolej. blaja multimedia :)

2007
Tatau nk describe sebagai tahun yg macam mana sebab bagi aku. 2007. 2007.2007. :) Lot of story.fun.memory and  kot. Hahaha.

2008.
Worst year ever. huhuhu. how can i describe it.Tahun yg sgt2 worst bg aku. tahun yg sangat teruk. tahun yg sangat memerlukan kekuatan mental fizikal aku sbg seorang nur wahida. 1st tyme dlm sejarah. aku jatuh btol2 jatuh.sepanjang tahun tu, kalau la aku senyum.semuanya fake smile.senyum tipu. Tahun tu aku btol2 lost. Mencari kekuatan diri. Ramai yg mendorong untuk kembali bgn. tengok aku kembali senyum seperti tahun-tahun lain.Susah yg sangat susah. sebab bukan seronok sangat untuk ketawa dlm hati menangis. tdo tp rasa seperti tak tdo. makan tp 2 3 sudu sehari :)

2009.
Cuba bangun balik.melontar byg hitam sejauh mungkin. tak susah dan tak sangat senang tp alhamdulillah aku punya sokongan lebey kuat dari tembok besar cina. sakit tu masih ada sakit tu masih terasa.tp bnci tak pernah wujud.tak pernah singgah:) Tahun tu jugak abih study. sedeynya berpisah dengan mereka. mereka yg menjadi tulang belakang aku spnjg 3 tahun ni. mereka yg pernah melihat betapa lemahnya seorang nur wahida :)Mereka yg pernah menjadi kekuatan aku saat aku jatuh. mereka yg pernah aku peluk saat senuanya tidak berwarna :) Aku rindu korang sangat2.

2010
Mula bekerja. Mula terasa kepayahan mencari duit. tapi lucky me. sepnjg tahun itu sentiasa ada yg menemai berkongsi suka dan duka. ad teman untuk ketawa ada teman untuk bergaduh.Ada teman untuk melepaskan segalanya :) Terima kasih :)

2011
Aku masih belajar mebesar.mengenal diri. tp tahun ni. apa yg aku ada hnya kawan dan keluarga. Masa semakin mendewasakn aku.Tahun dimana aku mula belajar menerima kepahitan sebuah hakikat.Tahun di mana aku mula belajar membesar dengan masa dan tahun di mana aku belajar untuk kuat dari sebuah kesakitan yg di panggil pengalaman. Dan Alhamdulillah.setelah rasa pedih sakit luka gembira itu. aku menjadi nur wahida yg sekarang. Bukan senang nk menguatkan hati. Bukan senang  dan tidak sangat susah. tp apa yg aku tau. dan lalui. bg aku.pengalaman adalah guru yg terbaik.mungkin kalau aku xpnh merasa skkit tahun2 sudah. mungkin aku tidak akan sekuat hari ini. segalanya mnjadikan aku kuat.matang dan sabar.

Aku masih belajar mengenal diri. membaiki diri dan mencari diri.rasanya 23 tahun masih belum ckup untuk itu semua :)

Sunday, April 24, 2011

Damn aku xleh tdo :

Oh Damn mlm ni jadi musang. Tak boley Tdo T_T
Sangat-sangat menderita. Bila mata yg sering ingin terlelap ini tidak boleh dilelap kan!
Gua pun tatau sapa yg susah-susah doakan gua supaya tak tdo.HAHAHA.
Cis Gyla. Sure lah takde orang susah-susah doakan. Sape la nk wat kerja Bodoh nk doakan aku xleh tdo. Hahaha.Semua orang sedang Enak mengayam mimpi tp aku masih berkelip-kelip seperti Unta yg kekurangan Bulu mata. Aku rasa aku kene sediakan ubat tdo kot. Langkah berjaga-jaga untuk malam-malam lain.:D

Aku pon Buntu nk buat apa bila takleh tdo mcm nih!
Dan pada jam 2.30 mcm ni. Mula la aku mencari kucing-kucing untuk bermain!
Arghh. Dan mula lah aku mencari-cari telephone! Msg seseorang yg aku yakin dia tidak akan marah! haha
semata-mata nk hilangkan keboringan yg bersarang! Argghhh. Dan seperti yg aku telah yakin yakin kan. Orang tersebut mmg tidak mereply kerana mungkin dia tertdo atau ape2 saje lah! hahaha.
Dan Akhir sekali. Di blog ini juga aku melepaskan keboringan yg aku rasa cam ntah pape. Entry yg aku create yg lansung tiada motif. cam Bodoh je. hahah Bye bye All :) Maaf menghabiskan masa kalian membaca entry yg bapak la tade motif and sengal tahap gyla ni. plus org kta entry Bodoh! hahah Bye3 :)

Reborn~

Hui agak lama blog ini di private kan! Bukan lari or sudah tidak mahu bercerita. 
Saya cuma rasa tiada apa yg patot sy tulis di blog ini! Hidup berjalan seperti biasa. 
Pergi kerja-balik kerja-Tidor.
Begitulah hari2 saya. Jadi seorang Nur Wahida tidak lah begitu menarik. 
Yang menarik itu hidup anda-anda semua! :)

Kalau anda semua pernah membaca blog saya sebelum ni. Tentu anda perasan.
Habis semua entry sy delete. Entry yg saya tulis seawal 2008 telah selamat sy delete. 
Sama ada yg d draf or yg di publishkan. Hahaha.
Sekarang blog ini seperti blog yg baru d create hari ini!
Kira ni seperti entry Pertama lah!:)
Mengambil keputusan nk delete entry-entry itu bukan senang sebab semua itu adalah suka duka saya.
Suka duka yg saya tulis sepanjang 3 4 tahun ini. Blog ini byk mengetahui cerita duka dan suka saya
Blog ini mengetahui betapa looser nya seorang Nur Wahida Safaruddin.

Saya menulis seiring dengan perasaan saya! :) Sebab apabila sy menulis sy tidak pandai untuk berlakon. Saya masih boleh pretend dgn mereka yg bersembang dengan saya.Saya boleh pretend dengan mereka yg komen/ chat/msg dengan saya :)

Ok mari mula kenal balik. Nama Saya Nur Wahida Safaruddin. Saya 23 tahun 2011. Saya anak sulung dari 4 beradik. Saya byk cakap dalam dunia maya. saya banyak gelak dalam dunia Maya. Ramai orang cakap saya ni pelik. Saya pun tatau kenapa sy di kata pelik. Saya suka buat muka hodoh sbb saya memang suka. Haha. Saya akan bising bila saya lapar. Saya akan tidur bila saya sedey+tension+tiada Mood.Saya melepas perasaan dengan menulis. Yeea. Saya ada sebuah diary yg saya sorokkan. Perkara mula2 yg saya akan wat bila bangun tdo adalah raba2 semua gigi saya.Adakah mereka ckup. sebab sy tdo mengesel gigi. Serius. Saya melakukan dalam keadaan tidak Sedar! Hahaha. Saya pernah bangun tido dan saya dapati ada sebatang gigi diatas lidah saya!

Saya akan bermimpi bila saya tidur terlampau lena! Saya pernah mimpi ditikam di kepala. Saya pernah Mimpi jadi lelaki. Saya pernah mimpi bela beratus2 ekor kucing dan saya pernah mimpi jadi Son Goku! HAHAHA.
Dulu saya fikir ada jerawat tu Cool . Masa saya darjah Empat saya pernah mempunyai cita-cita untuk mempunyai seorang bf bercermin mata kerana pada masa itu saya tengok semua lelaki yg bercermin mata itu adalah doktor. HAHAA. saya tak suka Sos. Saya tak suka sayur tp sekarang saya dah cuba mkn sayur.Dulu walaupun tak suka sayur saya selalu suruh org letak sayur sbb saya rasa sayur tu cantik.berwarna warni. HahAHA. Saya tengok dari hari ke hari Tahi lalat saya bertambah.Dulu saya hanya ada satu tahi lalat di muka.Tapi sekarang dah ada tiga. Hahaha. 

Dulu saya rasa minum tea o ais tu buley buat orang tenang.Dan saya sempat mengajarkan fakta karut itu dikalangan kawan2. Sekarang tiap kali sy minum tea o ais saya akan rasa pening kepala :( Ohhh.
Saya allegic Kopi sbb tiap kali saya minum Kopi saya akan rasa nk muntah! Huh. saya sangat suka Bau Kopi Kot! :((

Dan apa yg pasti saya masih belajar mengenal diri. Saya masih belajar menjadi matang dan saya sedang sedang belajar  tentang Dunia.Saya matang melalui pengalaman. Saya membesar dengan pengalaman. Dan jutaan terima kasih saya pada seseorang. Sungguh.saya sangat-sangat terhutang budi dengan dia kerana dia saya matang. Kerana dia sy berdikari. Kerana dia saya menjadi Lebey Kuat. Kalau lah dia tak buat apa yg dia buat. saya mungkin masih Nur Wahida yg bergantung harap pada orang lain. Di kuasi Yg negetif kepada Positif dan Mungkin masih seorang Nur Wahida yg lemah dan tiap kali tolak akan terjatuh dan mungkin aku tidak akan sekuat hari ini. Sungguh. Aku sangatsangat terhutang budi dengan Dia :) 

Ok lah. Setakat ini sahaja dlu entri pertama. Hehehe. :) Salam perkenalan Kembali.

Dan Inilah AKu